Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras. Bagi peperiksaaan SPM, mata pelajaran ini adalah yang utama kerana kegagalan calon dalam mata pelajaran ini akan menyebabkan calon itu gagal dalam peperiksaan SPM.
Panitia Bahasa Melayu SMK Rengam telah ditubuhkan pada tahun 1999. Pada awal penubuhannya , panitia ini adalah diterajui oleh Pn. Rosita Bt Kemin. Tugas ini telah diambil alih En. Mohd Taib Bin Abu Bakar pada tahun 2000.
Pada tahun 2001 hingga 2003, jawatan Ketua panitia Bahasa Melayu telah diambil alih oleh Pn. Sokiah Bt Siren. Apabila Pn Sokiah telah dilantik sebagai Guru Kanan Kemanusiaan, jawatan Ketua Panitia telah diambil alih oleh Pn. Siti Halijah Laungeng pada tahun 2004 sehinggalah 2007. Mulai tahun 2008, Paniti Bahasa Melayu diterajui semula oleh Pn. Rosita Kemin.
No comments:
Post a Comment